Wednesday, March 26, 2008

YA ALLAH..SELAMATKAN KAWAN KU..

Kesunyian malam dengan udara dingin.dibawah tiuapan angin kipas siling… mata tidak dapat dilelapkan. “Kerisauan,kesunyian hadir dalam hati..” celaru bermain difikiran..bermacam2 terlintas difikiran ana..menanti detik2 yang cemas.. yaa Allah selamatkan adik ku.ahli bait ku...sesungguhnya engkau lah yang maha pemurah dan maha pengasih pada hambamu.. sembuhkanlah penyakit fridaus Othman..engkau lah yang maha penyembuh penyakit.. tabahkan hatinya,,,jauhkan dia dari pada kesusahan dan kecelakaan.. tepat pada 27 March 2008 pada pukul 12 tengah hari dia akan dibedah di hospital rubah,, di kahirah,, kawan2 ku.. doakan dia selamat menjalani pembedahan dan penyakitnya sembuh dengan cepat..dan dapat menjalani kehidupan dan meneruskan pengajian nya seperti biasa,,,

Tuesday, March 25, 2008

ASPEK PEMIKIRAN BAGI MUSLIM

Dalam perjalanan balik dari kuliyah ,dalam keadaan panas terik,dahaga air,muka bagai kan dibakar oleh cahaya ungu.dengan sakit kepala nya.hati berkata2.. Yaa Allah panas nya.. terlintas dalam fikiran ana lebih baik singgah kubri kejap boleh minum2 kat situ.hilangkan sakit kepala dulu.pastu baru balik. ana singah sebentar ke kubri ,dalam perjalanan balik ana terpandang kanak2 arab bermain bola, tak reti panas ke budak2 arab ni.huhuhuhu.. "keluhan hati" dalam asik melihat budak2 arab terdengar satu pertanyaan.” Antum tul’lab azhar wala la”. Terkejut perut ana.ingat kan sapa tadi. Ingatkan mabahis .. rupa2nya amu mahmud. Dia Tanya ana. Adakah antum pelajar azhar atau pun tidak.. ana ckp.. naam.. ana tolib azhar.. . Walau pun apa yang kita pelajari. Dimana pun kita berada. Kos apa pun kita ambil bagi pelajar. Keja apa pun yang kita buat bagi seorang pekerja. Arahan apa pun yang kita bagi..bagi seorang ketua, pemerintahan apa pun kita terajuai.. didikan mulism sejati kena ada dalam diri.. tanamkan sifat malu dan rendah diri.. Alhamdulillah dengar teguran itu dapat lah ana dan kawan2 dapat muhasabah diri.. perbetulkan syakhsiah seorang muslim..

Disini ana ingain berkungsi dengan kawan tentang ASPEK PEMIKIRAN BAGI MUSLIM yang telah secara ringkas.. yang telah digali oleh ibnu qayyim..

Tarbiyah Imaniyah (mendidik iman)
Ada tiga sarana (wasilah) untuk mendidik iman. Pertama, selalu mentadabburi (mengamati, mempelajari, menghayati) tanda-tanda kekuasaan Allah Dzat Pencipta serta keluasan rahmat dan hikmah perbuatan-Nya. Tadabbur itu bisa dilakukan dengan penglihatan biasa (bashirah), bisa pula dengan penalaran akal sehat, dengan mentadabbur kekuasaan Allah, hasil-hasil ciptaan-Nya, gejala-gejala alam, kesempurnaan penciptaan manusia, juga ayat-ayat al-Qur'an.

Tarbiyah Ruhiyah (mendidik ruhani)
Ibnu Qayyim mencatat 7 cara melakukan tarbiyah ruhiyah, yaitu: memperdalam iman kepada hal-hal (ghaib) yang dikabarkan Allah seperti azab kubur, alam barzakh, akhirat, hari perhitungan; memperbanyak dzikir dan shalat; melakukan muhasabah (introspeksi diri) setiap hari sebelum tidur; mentadabburi makhluk Allah yang banyak menyimpn bukti-bukti kekuasaan, ketauhidan, dan kesempurnaan sifat Allah; serta mengagungkan, menghormati, dan mengindahkan seluruh perintah dan larangan Allah.

Tarbiyah Fikriyah (mendidik pikiran)
Kegiatan tafakkur (merenung/berkontemplasi) menurut Ibnu Qayyim adalah menyingkap beberapa perkara dan membedakan tingkatannya dalam timbangan kebaikan dan keburukan. Dengan tafakkur, seseorang bisa membedakan antara yang hina dan yang mulia, dan antara yang lebih buruk dari yang buruk. Kata Imam Syafi'i, "Minta tolonglah atas pembicaraanmu dengan diam dan atas analisamu dengan tafakkur." Ibnu Qayyim mengomentari kalimat itu dengan berkata, "Yang demikian itu dikarenakan tafakkur adalah amalan hati, dan ibadah adalah amalan jawarih (fisik), sedang kedudukan hati itu lebih mulia daripada jawarih, maka amal hati lebih mulia daripada amal jawarih. Di samping itu, tafakkur bisa membawa seseorang kepada keimanan yang tak bisa diraih oleh amal semata." Sebaik-baik tafakkur adalah saat membaca al-Qur'an, yang akan mengantar manusia kepada ma'rifatullah (mengenal Allah).

Tarbiyah Khuluqiyah (mendidik akhlaq)
Misi utama Rasulullah di muka bumi untuk menyempurnakan akhlaq manusia. Contoh-contoh utama akhlaq mulia yang diharapkan dari seorang Muslim adalah sabar, syaja'ah (keberanian), al-itsar (mendahulukan kepentingan orang lain), syukur, jujur, dan amanah. Cara mendidikkan aklaq yang mulia itu adalah: pertama, mengosongkan hati dari iktikad dan kecintaan kepada segala hal yang bathil; kedua, mengaktifkan dan menyertakan seseorang dalam perbuatan baik (al-birr); ketiga, melatih dan membiasakan seseorang dalam perbuatan baik itu; keempat, memberi gambaran yang buruk tentang akhlaq tercela; dan kelima, menunjukkan bukti-bukti nyata sebagai buah dari akhlaq yang mulia.

Tarbiyah Ijtimaiyah (mendidik bermasyarakat)
Pendidikan kemasyarakatan yang baik adalah yang selalu memperhatikan perasaan orang lain. Seorang Muslim dalam masyarakat tidak dibenarkan menyakiti saudaranya walaupun hanya dengan menebarkan bau yang tidak enak. Bahkan Ibnu Qayyim berpendapat, tidak cukup hanya tidak menyakiti perasaan, seorang Muslim harus mampu membahagiakan dan menyenangkan hati saudara-saudara di sekitarnya.

Tarbiyah Jinsiyah (pendidikan seks)
Insting seks merupakan sesuatu yang diciptakan Allah, yang segera diwadahi oleh satu-satunya lembaga halal yaitu pernikahan. Faedah dari seks (jima') menurut Ibnu Qayyim adalah: pertama, menjaga dan melestarikan kehidupan manusia; kedua, mengeluarkan sperma yang jika tertimbun terlalu lama dalam tubuh akan membahayakan kesehatan manusia; dan ketiga, wasilah untuk memenuhi hajat seksual dan untuk meraih kenikmatan batin dan biologis.

(Manhaj Tarbiyah Ibnu Qayyim, rangkuman Dr Hasan al-Hijazy)

Monday, March 24, 2008

Di Antara Semalam dan Hari ini


Panasnya udara hari ini. Hati ana mengeluh semasa doktor Mahmud sedang mengajar usul-usul Fiqh. Tapi alhamdulillah, Allah masih bagi kekuatan pada kami semua untuk melawan dan mengharungi perasan malas dan udara yang panas. Tepat kul 1230 ana buka pintu rumah.ana baru balik dari kuliyah usul fiqh. Alhamdulillah hari ini bnyak perkara yang aku pelajari dari doktor mahmud..bnyak kaedah2 fiqah yang diajar olehnya. Dan bnyak perkara yang yang berkaitan dengan akhlak dan pemerintahan Samasa menunggu kawan ana masak kat dapur tu.. terdetik hati terlintas difikiran ana yang yang berbunyi lebih baik ana baca terjemahaan kitab BAINA AL-AMS WA AL-YAUM yang bermaksud di antara hari ini dan semlm. karangan imam as-syahid hassan al-banna dari pada ana termenung dan buat perkara yang tak berfaeedah.terlintas lagi difikiran ana adalah lebih baik lagi ana berkungsi ngn kawan2 apa yang ana baca.lagi bnyak menafatnya diSini ana ingin cuba berkungsi dengan kawan2 apa yang ana baca tadi.

Sejak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah, Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Safa, Mekah, maksudnya,

FAKTOR ASASI MEMBAIKI MASYARAKAT YANG DIDATANGKAN OLEH AL QURAN.

Al Quran penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat yang menyeluruh telah diturunkan ke atas nabi saw dan dibaca di kalangan orang-orang mukmin dari satu ketika menurut keadaan, gejala dan munasabah. Firman Allah, maksudnya. "Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami
(menurunkanNya) dan membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawasesuatu yang ganjil melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya". (al-Furqaan:32-33). Sehingga sempurna wahyu itu diturunkan dan dihafal di setiap dada dan baris dalam masa dua puluh dua tahun lebih kurang. Allah telah kumpulkan di dalamnya untuk umat ini penjelasan tiap-tiap perkara. Dasar-dasar membaiki masyarakat yang sempurna yang di datangkan oleh al Quran itu bertitik tolak: a) Ketuhanan (Rabbaniah). b) Ketinggian jiwa manusia. c) Ketetapan aqidah terhadap pembalasan. d) Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia. e) Kebangkitan laki-laki dan wanita seluruhnya serta pengisytiharan tanggungjawab dan persamaan di antara keduanya penentuan tugas masing- masing. f) Jaminan dari masyarakat dengan ketetapan hak-hak hidup,milik, kerja, kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba. g) Memelihara dua sifat semulajadi; memelihara jiwa dan jenis, mengatur kehendak mulut dan seks. h) Kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah besar. i) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab pecah belah umat. j) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang didatangkan oleh sistem ini. k) Meletakkan negara bertanggungjawab melindunginya dan melaksanakan objektifnya dalam masyarakat yang tertentu dan menyampaikannya kepada seluruh manusia Sistem al Quran ini berbeza dengan segala sistem ciptaan manusia dan teori-teori falsafah mereka. Ia tidak meninggalkan segala prinsip dan ajaran-Nya sebagai teori sahaja dalam jiwa, juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku dan tidak sebagai kata-kata di bibir mulut sahaja. Ia diletakkan untuk dipusatkan, diperkukuhkan dan dimanfaatkan segala kesan dan hasilnya sebagai interpretasi yang praktik. Dimestikan umat yang beriman dengan-Nya dan bersandar kepada-Nya supaya bersungguh-sungguh mengamalkanNya dan tidak menjadikanNya suatu tanggungjawab ke atas mereka yang tidak boleh diterima untuk melemahkannya. Bahkan hendaklah digalakkan melaksanakannya dan di denda orang yang mencuaikannya dengan disingkirkan mereka dari masyarakat Islam dan diletakkan di tempat yang terpencil. Di antara tanggungjawab yang penting yang dijadikan oleh sistem ini sebagai satu tembok untuk memusatkan prinsip-prinsipnya: a.Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dsbnya. b.Puasa, menjaga diri, beringat dari boros. c.Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan.d. Haji, melancung, mengembara,menyelidik dan memerhati kerajaan Allah. e.Mencari keuntungan, bekerja dan menjauhidari meminta. f.Jihad, berjaung, menyediakan pejuang danmenjaga keluarga mereka serta kepentingan mereka di kalamereka berjauhan. g. Amar ma'ruf dan memberi nasihat. h.Mencegah dari yang mungkar, pemulauan orang ramaiterhadapnya dan orang-orang yang melakukannya. i.Menambah pelajaran dan pengetahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup yang sesuai untuk mereka. j.Baikpergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik. k. Sentiasamenjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera. l.Jaminan masyarakat di antara pemerintah dengan yang diperintah dengan menjaga dan melindungi.Setiap Muslim dituntut supaya mempraktikkan kewajipan ini dan bangun memperjuangkannya sebagaimana ia telah di terangkan oleh peraturan al Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah tersiar sebutannya dalam al Quran dan telah diterangkan dengan terperinci oleh segala perbuatan Nabi saw bersama para sahabatnya dan mereka yang mengikuti jejak langkah Nabi dan para sahabat dengan baik dalam keadaan mudah dan nyata dan juga tiap-tiap amal atau beberapa prinsip amal yang memperkuat prinsip atau beberapa prinsip daripada teori-teori yang lalu yang di datangkan oleh peraturan ini untuk di laksanakan dan di manfaatkan oleh manusia segala hasil dan kesannya.

Thursday, March 20, 2008

Hilangnya seorang pewaris nabi.


Assalamualaikum buat semua,


Pada 19.03.2008 pada jam satu pagi waktu mesir. Tarikh hari kelahiran ku
kedunia yang fana ini. Ke dunia yang sudah menjangkau usia yang sudah terlalu tua yang sedang menunggu saat kehancuranya.

Ring ring bunyi satu sms yang di hantar oleh kawan aku di Malaysia. Ketika itu aku ingin memejamkan mata dan merehatkan badan. Menenangkan fikiran yang sehari suntuk memikirkan hal-hal keduniaan dan akhirat. Badan ku terlalu penat kerana baru sampai ke Kahirah semperna Muktamar PMRAM.

Satu sms yang mendebarkan hati. Satu sms yang membuat aku terasa kehilangan buat selama-lamanya. Satu sms yang membuat mata ku mengugurkan mutira yang susah untuk menitiskannya. Bukan aku saja. Ramai lagi kawn Diardul Kinanah terasa kehilangan yang teramat sangat. Sms yang berbunyi:

TUAN GURU HAJI ABDULLAH PONDOK LUBUK TAPOH MENINGGAL DUNIA, AL-FATIHAH.

Ya Allah...adakah dunia ini sampai ke penyudahnya? Sampai kepenghujungnya? Berapa ramai lagi pewaris nabi yang akan meninggalkan umat manusia yang semakin lama semakin jahil, semakin lama semkin runtuh akhlaknya. Siapkan yang akan membimbing mereka semua?

Aku dan kawan seperjuangan memangilnya dengan pangilan AYAH LAH.. dikelantan kebanyakan dipangil dengan pangilan itu.kerana dialah sebagi ayah yang menegur mengajar, mentarbiah umat Malaysia khususnya di Kelantan dan lebih khusus di daerah Pasir Mas yang menjadi tempat tinggalnya dekat dengan tempat aku dilahirkan dan tempat dimana aku dibesarkan

Sebagaimana kita ketahui seorang yang berilmu pengetahuan yang tinggi, dengan kata lain ilmunya tiada tolok bandingannya. Beliau sorang yang sangat-sangat menepati masa. Terlalu bnyak jasanya untuk pembagunan rohani dan pembentukan akhlak masyarakat dan hukum hakam di Malaysia. Ramai ulama-ulama di Malaysia yang lahir dari didikannya,

Aku bersyukur kerana aku sempat belajar erti kehidupan dan hukum hakam daripada beliau.

Rakyat Malaysia merasi kehilangannya. Sama-samalah kita sentiasa sedakah al-Fatihah untuk beliau dan berdoa agar rohnya bersama-sama para nabi dan para sahabat-sahabat serta para ulama-ulama silam yang mencurahkan segala yang ada ke jalan Ilahi. Wassalam.

Muqadimah


الحمد لله رب العالمين و الصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف الانبياء و المرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين




Assalamualaikum buat semua..


Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah sebentar di blog ana. Di sini ana juga ingin memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan yang terdapat pada penulisan ana. Harap sahabat-sabahat dapat menegur ana dengan teguran yang membina dan sudi berkongsi ideologi-ideologi yang bernas untuk dikongsi dan menjadi tetapan bersama.


Pertama dan selama-lamanya kita mengucapkan selawat dan salam keatas nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabat serta ahli keluaraga baginda. Kita bersyukur diatas anuggrah yang sangat bernilai disebabkan nabi Muhammad s.a.w. lah kita berdiri dibumi yang nyata. Dan kita diberi nikmat yang sungguh agung iaitu nikmat iman dan islam.

firman Allah di dalam surah Al_Imran ayat 110. yang berbunyi


آنتم خير امة اخرجت للناس تامرون بالمعروف وتنهون عن المنكر و تؤمنون بالله

Ertinya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia , (kerana) kamu menyuruh
berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang
salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah

Sebuah hadis Masyhur yang berbunyi:

من اراد الدنيا فعليه بالعلم و من اراد الاخرة فعليه بالعلم و من ارادهما فعليه بالعلم



Ertinya: Sesiapa yang inginkan kejayaan di dunia maka hendaklah dia
berilmu, dan sesiapa yang inginkan kejayaan di akhirat hendaklah dia
berilmu, dan sesiapa yang inginkan kejayaan pada kedua-duanya
(dunia dan
akhirat) hendaklah dia berilmu.


Akhir kata dari ana, selamat membaca dan salam perjuangan. Barakallahufik. Wassalam.