Monday, June 30, 2008

APA YANG DAH BERLAKU?

apa dah jadi dengan negara tercinta?negara tempat tumpah darahku.sedih pilu.kecewa. Tak habis dengan isu altantuya nya.timbul kes minyak naik.tak habis lagi kes minyak naik.kes masyitah yang perlekeh kan hukum agama.tak habis lagi kes masyitah timbul kes liwat.panas panas,panas lagi dari pada udara kat mesir sekarng ni. bila kah semuanya akan berakhir?

adakah ini agenda yang dirancang oleh puak2 yahudi dan kafir laknatullah yang ingin melihat umat islam di malaysia berpecah belah?

siapa perlu dipersalahkan.perdana menteri?timbalan perdana menteri?menteri besar?masyarakat?

ini kah akibat tidak mahu mengikut apa yang di kehendaki oleh islam?tidak mahu mengikut apa yang digariskan oleh islam.dan balasan bagi pemimpin yang mengikut apa yang dikehendaki oleh kafir laknatullah..?

siapa yang yang mesti menanggung semua ini?ahli politik kah?alim ulama atau mufti yang tidak menegur pemimpin buat salah?atau pun masyarakat yang mengundi atau memilih untuk jadi begini? siapa kah yang akan menerima nasib semua ni?

Allah anugerahkan akal kepada manusia supaya berfikir dan membezakan antara manusia dan binatang. FIKIR2 LAH..

Friday, June 27, 2008

kegemilangan dan kejatuhan andalus.

ana mengucapkan jazakumullahukhaira' kepada kawan2 yang sudi berkongsi ilmu dengan ana.. buat pengatahuan kawan2.. kesatuan pelajar kelantan mesir telah menyambung kembali kelas2 pengajian kitab.bermula 29 hb 6 2008.. kepada kawan2 diharapkan dapat menghadiri majlis ilmu yang telah dijalan kan ini.

disini ana nak berkungsi dengan kawan2 satu sejarah andalus atau pun sepanyol.yang telah diringkaskan.yang perlu kita tahu.dimana umat islam ditipu dan dianai oleh keristian dan kafir laknatullah.dan dimana jatuhnya kemegahan kerajaan islam yang telah sekian lama bertapak di sana. mengikut sejarah..selama 800 tahun.. mari lah sama2 kita ambil tauladan supaya sama2 kita lebih berhati2 dengan pihak musah islam..dimana setiap tahun setiap bulan setiap mingu setiap masa setiap saat sekarng ini terlalu banyak golongan2 yang hendak menjatuhkan islam.tak kiralah org islam itu sendiri dan kuhsusnya dimalaysia amnya didunia ini.

KITA SEMUA UMAT ISLAM MESTI PERCAYA SESUATU HARI NATI ISLAM AKAN MEGAH KEMBALI..KERAAJAN ISLAM AKAN KEMBALI MEGAH DIDUNIA INI.BERUSAHA LAH,PERTAHANKANLAH ISLAM.SYAHID MENANTI ANDA SEMUA.JANGAN SESEKALI PUTUS ASA.

MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.
” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah
daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan
kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian
di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah
direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud
di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada
orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh
menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi
di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan
mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan
orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat
sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun,
ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol
berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di
pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam
dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian
mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir
terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis
dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat
Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai
Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab
mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan
diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan.
Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka
seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka
melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di
Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke
tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan
Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk
Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah
bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah
Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak
secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan
Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji
kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan
pemikiran dan budaya.
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka
menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol.
Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka
sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan
wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan
ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu
memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya.
Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila
berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.

Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain
di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang
bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan
wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin
melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan
akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap
dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.


INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh
Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol
hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada
kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh
Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:

* Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
* Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
* Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
* Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

RUJUKAN:dotor danial zainal abidin
kegemilangan-dan-keruntuhan-andalus

Tuesday, June 24, 2008

JANGAN PANDANG REMEH,

syibli..mu baco doh ko surat kobar hari ni..?pertanyan kawan pada ana.aku tok baco lagi la.bakponya?mu gak eh..sia2 yah ado leptop..aloh..sedap lalu mu klu mampuh aku..hahaha..gurauan kawan untuk ana. bukok berita harian pah tuh baco.aloh la..mu royak la lalu ko aku.keh mudoh.malah aku..baco sendiri.. ho lah2.pah nih aku baco lah.
alhamdulilllah..ana bersyukur kepada ALLAH kerana negeri kelahiran ana telah menjalankan satu lagi kebaikan untuk rakyat..tahniah kerajaan negeri kelantan dibawah pempinan TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT..kebaikan untuk wanita islam.di mana salah satu perkara yang membezakan antar muslimah islam dengan wanita bukan islam.. majlis perbandaran kota baru telah berkuatkuasa supaya semua muslimah menutup auarat,tidak boleh pakai gincu,tidak boleh pakai baju ketat.kena pakai sarung kaki..kena pakai tudung tutup dada.dan untuk wanita bukan islam pula.mesti memakai baju yang bersopan.
muslimah dan wanita mesti bersyukur kerana ada orang yang mengambil berat tentang mereka. dan menjauhi mereka dari pada dosa,jauhi mereka daripada terjebak dengan maksiat.

tidak kurang jugak ada yang mengutuk usaha kerajaan negeri kelantan ini sebagai usaha yang remeh temah.peraturan yang jumud.tak mengikut trend. kalau pun berjaya mesti usaha yang remeh temah je.. kepada yang beranggapan begitu.ingat lah azab ALLAH sedang menanti anda.kerana anda telah mempersendakan hukum ALLAH.

mari lah kita sama2 memberi sokongan kepada kerajaan kelantan supaya usaha ini berjaya dan menjadi contoh kepada kerajaan negeri2 lain supaya mereka turut serta dalam usaha yang murni ini.

Saturday, June 21, 2008

Doa Khusus Elak rogol dan cabul

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.


Friday, June 20, 2008

wanita dan tudung.



ana ingin berkongsi dengan kawan2 tentang satu video yang dirakam oleh hamba ALLAH yang berkatian dengan tudung wanita..begini lah lebih kurang jawapan apabila ditanya...
saya pakai la tudung! kan dah nama tutup rambut.tutup auratkan.tapi pakai baju ketat. (satu golongan) ala..sy dah pakai la tudung tu kan dah tutup rambut.tapi pakai baju nampak dada.(satu golongan lagi) ala sy pakai la tudung.tapi pakai seluar nampak betis.(satu pandangan lagi)..saya sentiasa pakai tudung baju kurung bila nak keluar rumah. jawap seorang wanita bila ditegur bila pakai tudung berbaju kurung tapi ketat.nampak pungung.
Begitu lah lebih kurang. jawapan dari pada wanita2 yang berpakaian mengikut trend semasa. mengikut artis2 idola meraka.
Disini ana nak tanya pada kawan2.. adakah menutup aurat itu mengikut trend atau mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah? tepok dada tanya hati..

Disini ana.. lampirkan gambar dan keterangan kesalahan yang sering dilakukan oleh wanita apabila menutup aurat dan memakai tudung..

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. (sumber rujukan zaharudin.net)

wanita yang menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. sangkaan ini adalah sangkan yang salah sama sekali. kerana Asas menutup aurat adalah diambil dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim) sumber rujukan: zaharuddin.net

Disini ana lampirkan cara pemakaian yang dikehendaki oleh islam demi menjaga maruah dan kehormatan wanita islam daripada dizalimi,dipanjang rendah dan dinodai oleh musuh2 islam..semoga kita sentaisa dirahmati dan dilindungi oleh ALLAH.

1.Lengan baju panjang hingga pergelangan tangan

2.Tudung mestilah menutup dada dan tidak jarang.

3.Baju mesti labuh dan longgar.tidak ketat.

4.Kain atau seluar yang labuh hingga menutup buku lali dan tidak menampakkan bentuk paras paha.

5.mesti memakai sarung kaki.

jika tidak memahami harap bertanya.INSYALLAH ana akan jawap apa yang ana tahu. sama2 kita kongsi pendapat. mudah mudahan kita sama2 mendapat keberkatan dari Allah.

YA ALLAH.MULIAKAN LAH WANITA ISLAM.JAGALAH MEREKA DARIPADA DIPANDANG HINA OLEH MUSUH2 MU..AMIN...


Thursday, June 19, 2008

Bila alam berzikir

Angin membelai lembut,
Pohon melambai mesra,
Burung berkicau riang,
Bicara alam memuji sang pencipta.

Damai alam di ufuk senja,
sepi dimamah malam gelita,
dingin disapa sang dinihari,
tenang dalam kenikmatan zikir.

bila manusia didakap syaitan,
hilang segala yang hakiki,
punah dihempas ombak nafsu,
jauh tenggelam di dunia khayalan.

sehitam arang qolbi diwarnai,
selautan manusia hilang arah,
segenap alam cuba diperkosa,
petanda jiwa kosong tak bertuhan.

mana mungkin alam bisa membisu,
dikala jasad durhaka bermaharajalela,
menghalau kelibat gerhana,
biarkan alam berzikir,

mentari menghulur secebis sinar,
menerangi kesamaran jalan,
hujan hadir membasuh dosa,
hadir bahagia yang didamba.

musim kembali jernih,
bila alam berzikir,
memuji Dia yg maha pencipta,

nukilan:pena kekasih..

Wednesday, June 18, 2008

perkahwinan,

beli! ado saing kito nok nikoh pulok sore lagi pah pekso nih.. pah mu bilo?asik ore yah.(soalan yang diajukan pada ana),aku gini lah .macam biasa..nok habis kan pengajian aku..aku ngji tok tahu mano lagi..hehe..itu lah jawapan ana pada kawan yang suka bertanya pasal kawin..

itulah perkataan yang kerap ana dengar dengar dari mulut kawan2 selepas syafawi..kabar2 nya ramai dah yang nak kawin..tak kira lah kawan kat mesir ke kat malaysia ke..tahniah lah..dan ana ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan2 yang sudah selesai misinya.dan yang akan berdepan dengan misinya..
ana ingin berkungsi sedikit ngn kawan2 kisah nabi ibrahim dengan anaknya nabi ismail.. umumnya untuk semua.dan khususnya untuk org nak kawin n dah kawin.
BISMILLAH...

TELADAN KISAH IBRAHIM DAN ISMAIL

Nabi Ismail ‘alayhi al-salaam sebagai anak kepada seorang insan bernama Ibrahim ‘alayhi al-salaam, adalah di antara anak yang paling kerap dan lama ditinggalkan. Ayahandanya Ibrahim, bukan ‘out station’ sehari dua, malah bertahun-tahun lamanya. Sesekali pulang, Ibrahim tentu sahaja terlepas banyak hari, minggu, bulan malah tahun bersama-sama anaknya Ismail yang ditinggalkan di bumi Mekah.

Tetapi Ismail tidak pernah bermusuh dengan bapanya Ibrahim.

Lebih-lebih lagi, kepulangan Ibrahim pada suatu hari, membawa mesej yang maha berat. Mahu menyembelih anak kesayangan sendiri!

Apa kata Ismail?


Beliau (Ismail) menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar”. [Al-Shaafaat 37 : 102]

Saya ketiadaan formula untuk mengetahui apakah rahsia pendekatan yang digunakan oleh Hajar selaku watak utama yang mendidik Ismail sepemergian Ibrahim. Tetapi apa yang pasti ialah, mereka bertiga berkongsi nilai yang sama. Mereka sama anggapan terhadap apa yang berharga, berguna, bernilai dan berhak mendapatkan pengorbanan dalam hidup ini.

Maka salah satu intipati penting dalam didikan Hajar ketika membesarkan Ismail adalah pada menyuburkan nilai ini.

“Ayah keluar berjuang”, agaknya itulah kata Hajar kepada anaknya Ismail tatkala anak itu bertanyakan ayahnya.

Maka Ismail sentiasa melihat dirinya sebagai anak pejuang, dan Ibrahim pula adalah hero bagi Ismail kerana ayahnya itu seorang pejuang.

MEMUPUK, BUKAN MENGHASUT

Di sinilah peranan ibu dan bapa untuk tidak menjadi kanak-kanak di depan anak.

“Ayah kamu memang macam tu. Asyik kerja sahaja!”, kata si emak kepada anak yang bertanya.

“Mama kamu lebih pentingkan orang lain dari kita!”, ‘hasut’ si ayah kepada anak yang rindukan ibunya.

Apabila ayah atau ibu menghasut anak untuk turut marah, geram dan dendam kepada ibu dan ayahnya, ia adalah situasi yang lose-lose. Tiada siapa yang menang. Anak kecewa dengan ayah yang bekerja, di samping emak yang membenci ayah sama. Anak berduka dengan ibu yang bekerja, di samping ayah yang membenci ibunya.

Beritahulah sisi positif pekerjaan suami kepada si anak. Agar si anak melihat bapanya dengan pandangan yang tinggi. Jelaskan kepada anak, bahawa ibunya yang bekerja itu bukan sekadar bekerja, tetapi ada jasa dan bakti yang sedang diberi.

BERBALIK KEPADA DIRI

Tetapi semua itu berbalik semula kepada hukum alam, bahawa faaqid al-syai’ laa yu’theeh atau ’seseorang yang tidak memiliki sesuatu, tidak akan dapat memberikannya kepada orang lain’. Jika kita sendiri menganggap kerja tidak lebih dari sekadar cari duit, mana mungkin kita dapat memahamkan anak tentang nilai kerjaya kita bahawa ia lebih dari sekadar cari duit.

Jika kita sendiri melihat pekerjaan itu suatu perjuangan, amal bakti sebagai khalifah, mungkin si anak boleh berkongsi inspirasi yang sama.

Jangan sampai anak menawarkan wang untuk membeli masa anda untuknya!

surat dari seorang ibu yang sangat ter "mithali"ny


kepada kawan2..baca surat ini..dan ambil lah iktibar..dan fikir lah sendiri..sampai bila semua ini akan terus berlaku?siapakah yang akan mencegah semua ini?seandainya ini berlaku pada keluarga kita.apa kah yang kita akan rasa? bagaimana kah kita nak cari jalan penyelsaian nya..
fikir2 lah..

Tuesday, June 17, 2008

KEMBALI KE DUNIA SIBER

ASALAMUALAIKUM PADA SEMUA KAWAN2.BERTEMU KITA KEMBALI DI DUNIA SIBER., SEBLUM ANA MENERUSKAN PENULISAN INI TERLEBIH DAHULU KITA SAMA2 BERSYUKUR PADA ALLAH..
ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MENBERI PADA KITA SEMUA AKAN NIKMAT IMAN DAN NIKMAT ISLAM.NIKMAT YANG PALING BERHARGA UNTUK UMAT MANUSIA...
SELESAI SUDAH ANA DAN KAWAN2 SEPERJUANGAN ANA DI BUMI MESIR INI MENEMPUH DAN BERTUKUS LUMUS DALAM IMTIHAN.. DAN .SEKARNG ANA DAN KAWAN2 MENANTI NATIJAH,,YANG BAKALI MENUSUL INSYALLAH DALAM BULAN 8.. SAMA2 LAH MENANTI DEBARAN ITU..