Monday, March 24, 2008

Di Antara Semalam dan Hari ini


Panasnya udara hari ini. Hati ana mengeluh semasa doktor Mahmud sedang mengajar usul-usul Fiqh. Tapi alhamdulillah, Allah masih bagi kekuatan pada kami semua untuk melawan dan mengharungi perasan malas dan udara yang panas. Tepat kul 1230 ana buka pintu rumah.ana baru balik dari kuliyah usul fiqh. Alhamdulillah hari ini bnyak perkara yang aku pelajari dari doktor mahmud..bnyak kaedah2 fiqah yang diajar olehnya. Dan bnyak perkara yang yang berkaitan dengan akhlak dan pemerintahan Samasa menunggu kawan ana masak kat dapur tu.. terdetik hati terlintas difikiran ana yang yang berbunyi lebih baik ana baca terjemahaan kitab BAINA AL-AMS WA AL-YAUM yang bermaksud di antara hari ini dan semlm. karangan imam as-syahid hassan al-banna dari pada ana termenung dan buat perkara yang tak berfaeedah.terlintas lagi difikiran ana adalah lebih baik lagi ana berkungsi ngn kawan2 apa yang ana baca.lagi bnyak menafatnya diSini ana ingin cuba berkungsi dengan kawan2 apa yang ana baca tadi.

Sejak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah, Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Safa, Mekah, maksudnya,

FAKTOR ASASI MEMBAIKI MASYARAKAT YANG DIDATANGKAN OLEH AL QURAN.

Al Quran penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat yang menyeluruh telah diturunkan ke atas nabi saw dan dibaca di kalangan orang-orang mukmin dari satu ketika menurut keadaan, gejala dan munasabah. Firman Allah, maksudnya. "Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami
(menurunkanNya) dan membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawasesuatu yang ganjil melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya". (al-Furqaan:32-33). Sehingga sempurna wahyu itu diturunkan dan dihafal di setiap dada dan baris dalam masa dua puluh dua tahun lebih kurang. Allah telah kumpulkan di dalamnya untuk umat ini penjelasan tiap-tiap perkara. Dasar-dasar membaiki masyarakat yang sempurna yang di datangkan oleh al Quran itu bertitik tolak: a) Ketuhanan (Rabbaniah). b) Ketinggian jiwa manusia. c) Ketetapan aqidah terhadap pembalasan. d) Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia. e) Kebangkitan laki-laki dan wanita seluruhnya serta pengisytiharan tanggungjawab dan persamaan di antara keduanya penentuan tugas masing- masing. f) Jaminan dari masyarakat dengan ketetapan hak-hak hidup,milik, kerja, kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba. g) Memelihara dua sifat semulajadi; memelihara jiwa dan jenis, mengatur kehendak mulut dan seks. h) Kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah besar. i) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab pecah belah umat. j) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang didatangkan oleh sistem ini. k) Meletakkan negara bertanggungjawab melindunginya dan melaksanakan objektifnya dalam masyarakat yang tertentu dan menyampaikannya kepada seluruh manusia Sistem al Quran ini berbeza dengan segala sistem ciptaan manusia dan teori-teori falsafah mereka. Ia tidak meninggalkan segala prinsip dan ajaran-Nya sebagai teori sahaja dalam jiwa, juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku dan tidak sebagai kata-kata di bibir mulut sahaja. Ia diletakkan untuk dipusatkan, diperkukuhkan dan dimanfaatkan segala kesan dan hasilnya sebagai interpretasi yang praktik. Dimestikan umat yang beriman dengan-Nya dan bersandar kepada-Nya supaya bersungguh-sungguh mengamalkanNya dan tidak menjadikanNya suatu tanggungjawab ke atas mereka yang tidak boleh diterima untuk melemahkannya. Bahkan hendaklah digalakkan melaksanakannya dan di denda orang yang mencuaikannya dengan disingkirkan mereka dari masyarakat Islam dan diletakkan di tempat yang terpencil. Di antara tanggungjawab yang penting yang dijadikan oleh sistem ini sebagai satu tembok untuk memusatkan prinsip-prinsipnya: a.Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dsbnya. b.Puasa, menjaga diri, beringat dari boros. c.Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan.d. Haji, melancung, mengembara,menyelidik dan memerhati kerajaan Allah. e.Mencari keuntungan, bekerja dan menjauhidari meminta. f.Jihad, berjaung, menyediakan pejuang danmenjaga keluarga mereka serta kepentingan mereka di kalamereka berjauhan. g. Amar ma'ruf dan memberi nasihat. h.Mencegah dari yang mungkar, pemulauan orang ramaiterhadapnya dan orang-orang yang melakukannya. i.Menambah pelajaran dan pengetahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup yang sesuai untuk mereka. j.Baikpergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik. k. Sentiasamenjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera. l.Jaminan masyarakat di antara pemerintah dengan yang diperintah dengan menjaga dan melindungi.Setiap Muslim dituntut supaya mempraktikkan kewajipan ini dan bangun memperjuangkannya sebagaimana ia telah di terangkan oleh peraturan al Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah tersiar sebutannya dalam al Quran dan telah diterangkan dengan terperinci oleh segala perbuatan Nabi saw bersama para sahabatnya dan mereka yang mengikuti jejak langkah Nabi dan para sahabat dengan baik dalam keadaan mudah dan nyata dan juga tiap-tiap amal atau beberapa prinsip amal yang memperkuat prinsip atau beberapa prinsip daripada teori-teori yang lalu yang di datangkan oleh peraturan ini untuk di laksanakan dan di manfaatkan oleh manusia segala hasil dan kesannya.

0 comments: