Thursday, March 20, 2008

Muqadimah


الحمد لله رب العالمين و الصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف الانبياء و المرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين




Assalamualaikum buat semua..


Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah sebentar di blog ana. Di sini ana juga ingin memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan yang terdapat pada penulisan ana. Harap sahabat-sabahat dapat menegur ana dengan teguran yang membina dan sudi berkongsi ideologi-ideologi yang bernas untuk dikongsi dan menjadi tetapan bersama.


Pertama dan selama-lamanya kita mengucapkan selawat dan salam keatas nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabat serta ahli keluaraga baginda. Kita bersyukur diatas anuggrah yang sangat bernilai disebabkan nabi Muhammad s.a.w. lah kita berdiri dibumi yang nyata. Dan kita diberi nikmat yang sungguh agung iaitu nikmat iman dan islam.

firman Allah di dalam surah Al_Imran ayat 110. yang berbunyi


آنتم خير امة اخرجت للناس تامرون بالمعروف وتنهون عن المنكر و تؤمنون بالله

Ertinya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia , (kerana) kamu menyuruh
berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang
salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah

Sebuah hadis Masyhur yang berbunyi:

من اراد الدنيا فعليه بالعلم و من اراد الاخرة فعليه بالعلم و من ارادهما فعليه بالعلم



Ertinya: Sesiapa yang inginkan kejayaan di dunia maka hendaklah dia
berilmu, dan sesiapa yang inginkan kejayaan di akhirat hendaklah dia
berilmu, dan sesiapa yang inginkan kejayaan pada kedua-duanya
(dunia dan
akhirat) hendaklah dia berilmu.


Akhir kata dari ana, selamat membaca dan salam perjuangan. Barakallahufik. Wassalam.


0 comments: