Thursday, March 20, 2008

Hilangnya seorang pewaris nabi.


Assalamualaikum buat semua,


Pada 19.03.2008 pada jam satu pagi waktu mesir. Tarikh hari kelahiran ku
kedunia yang fana ini. Ke dunia yang sudah menjangkau usia yang sudah terlalu tua yang sedang menunggu saat kehancuranya.

Ring ring bunyi satu sms yang di hantar oleh kawan aku di Malaysia. Ketika itu aku ingin memejamkan mata dan merehatkan badan. Menenangkan fikiran yang sehari suntuk memikirkan hal-hal keduniaan dan akhirat. Badan ku terlalu penat kerana baru sampai ke Kahirah semperna Muktamar PMRAM.

Satu sms yang mendebarkan hati. Satu sms yang membuat aku terasa kehilangan buat selama-lamanya. Satu sms yang membuat mata ku mengugurkan mutira yang susah untuk menitiskannya. Bukan aku saja. Ramai lagi kawn Diardul Kinanah terasa kehilangan yang teramat sangat. Sms yang berbunyi:

TUAN GURU HAJI ABDULLAH PONDOK LUBUK TAPOH MENINGGAL DUNIA, AL-FATIHAH.

Ya Allah...adakah dunia ini sampai ke penyudahnya? Sampai kepenghujungnya? Berapa ramai lagi pewaris nabi yang akan meninggalkan umat manusia yang semakin lama semakin jahil, semakin lama semkin runtuh akhlaknya. Siapkan yang akan membimbing mereka semua?

Aku dan kawan seperjuangan memangilnya dengan pangilan AYAH LAH.. dikelantan kebanyakan dipangil dengan pangilan itu.kerana dialah sebagi ayah yang menegur mengajar, mentarbiah umat Malaysia khususnya di Kelantan dan lebih khusus di daerah Pasir Mas yang menjadi tempat tinggalnya dekat dengan tempat aku dilahirkan dan tempat dimana aku dibesarkan

Sebagaimana kita ketahui seorang yang berilmu pengetahuan yang tinggi, dengan kata lain ilmunya tiada tolok bandingannya. Beliau sorang yang sangat-sangat menepati masa. Terlalu bnyak jasanya untuk pembagunan rohani dan pembentukan akhlak masyarakat dan hukum hakam di Malaysia. Ramai ulama-ulama di Malaysia yang lahir dari didikannya,

Aku bersyukur kerana aku sempat belajar erti kehidupan dan hukum hakam daripada beliau.

Rakyat Malaysia merasi kehilangannya. Sama-samalah kita sentiasa sedakah al-Fatihah untuk beliau dan berdoa agar rohnya bersama-sama para nabi dan para sahabat-sahabat serta para ulama-ulama silam yang mencurahkan segala yang ada ke jalan Ilahi. Wassalam.

0 comments: